Bank Negara Malaysia


 

SEJARAH PELANCARAN KIJANG EMAS

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Bank Negara Malaysia kerana menjemput saya untuk melancarkan duit syiling bulion Malaysia yang diberi nama Kijang Emas. Kijang Emas akan meletakkan negara kita di peta dunia sebagai salah sebuah negara yang berjaya mengeluarkan duit syiling bulion. Dengan terbitnya Kijang Emas ini, kita telah membuktikan yang negara kita juga mempunyai keupayaan kreativiti dan kepakaran anak tempatan untuk mengeluarkan produk setanding mutunya dengan produk- produk yang dikeluarkan oleh negara lain.”   -

Pengeluaran Kijang Emas ini bukan setakat untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia, tetapi ia juga menyediakan pilihan bagi orang ramai untuk melabur dan menabung. Dengan harga emas yang secara relatif lebih stabil, pelaburan dalam Kijang Emas dapat mengimbangi risiko dalam portfolio pelaburan yang lain seperti pasaran saham.

Saya mengucapkan tahniah kepada Bank Negara Malaysia dan The Royal Mint of Malaysia kerana telah bekerjasama dalam menjayakan penerbitan Kijang Emas ini. Setinggi penghargaan saya kepada World Gold Council yang turut menyumbang kepada kejayaan Malaysia mengeluarkan Kijang Emas. Saya harap kerjasama begini dapat diteruskan dalam membantu Malaysia mempromosi dan memasarkan Kijang Emas di peringkat dunia.

Dengan ini, saya dengan sukacitanya melancarkan Kijang Emas dengan rasminya.

Tun Mahathir, 17 Julai 2001 

PRODUK YANG DITAWARKAN

 

Syiling Kijang Emas


Berat = 1 Oz
Cetakan Permukaan: RM 200
Ketulinan Logam Emas: 99.99%
Berat: 31.105 gram
Lebar: 37.00 milimeter

———————————————————————————————————————————————————————-

Syiling Kijang Emas
Berat = ½ Oz
Cetakan Permukaan: RM 100
Ketulinan Logam Emas: 99.99%
Berat: 15.55 gram
Lebar: 28.00 milimeter

——————————————————————————————————————-

Syiling Kijang Emas
Berat = ¼ OZ
Cetakan Permukaan: RM 50
Ketulinan Logam Emas: 99.99%
Berat: 7.78 gram
Lebar: 22.00 milimeter

 

 - Rujukan mengenai harga semasa belian/jualan Kijang Emas boleh didapati di Laman Web Bank Negara Malaysia. Klik Gambar untuk link ke laman web tersebut :

 

HARGA SEMASA KIJANG EMAS BOLEH DIRUJUK DI SINI

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Share on Facebook