Kuwait Finance House

SEJARAH PELANCARAN AKAUN EMAS KUWAIT FINANCE HOUSE
SASAR JUAL RM6.25J TAHUN INI
KUALA LUMPUR 30 April – Berita baik untuk rakyat Malaysia terutama pengumpul koleksi emas. Kini, emas bukan lagi disimpan sebagai koleksi peribadi, sebaliknya ia boleh dijadikan pelaburan menguntungkan dalam akaun bank.
Malah, ketidaktentuan harganya yang mengikut pasaran semasa global dapat memberi pulangan yang baik untuk pelabur bagi tempoh jangka panjang.
Sehubungan itu, Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd. (KFHMB) muncul sebagai bank Islam pertama menawarkan akaun emas KFH Gold Account-i yang berlandaskan pematuhan syariah sepenuhnya.
Para pelanggan boleh membeli emas secara fizikal dari KFHMB dan menyimpannya dalam akaun bank KFH Gold Account-i tersebut.
Ketua Peruncitan dan Perbankan Penggunanya, Attar Salleh berkata, pihaknya menawarkan emas dengan berat minimum 10 gram bagi setiap pelanggan individu yang bernilai RM125 setiap gram.
Syarikat-syarikat pula, katanya, ditawarkan pada kadar minimum 50 gram bagi setiap syarikat.
”Sepanjang tahun ini, kami menyasarkan untuk menjual sebanyak 50 kilogram emas yang bernilai kira-kira RM6.25 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran KFHMB Gold Account-i di sini hari ini.
Majlis itu dilancarkan oleh Pengerusi KFHMB, Shaheen Al-Ghanem.
Hadir sama pada majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KFHMB, Jamelah Jamaluddin dan Ketua Bahagian Perbendaharaan dan Perniagaan Antarabangsa KFHMB, Mohamed Iqbal Jr.
Setiap kepingan emas yang dijual secara fizikalnya ditawarkan dalam berat yang berbeza-beza iaitu 1, 5, 10 dan 50 gram.
KFH Gold Account-i telah diperkenalkan pada 9 Februari lalu serentak dengan tarikh mula perkhidmatan Jamelah sebagai CEO di bank tersebut.
Kini, walaupun tanpa publisiti meluas, KFHM telah berjaya menjual sebanyak sembilan kilogram emas dengan nilai melebihi RM1.08 juta dan 100 peratus daripada pembeli adalah pelabur individu.
Semua emas berkenaan boleh dibeli melalui tujuh cawangan bank KFHMB yang terletak di ibu kota, Shah Alam di Selangor, Pulau Pinang, Johor Bahru di Johor dan Kuching di Sarawak.
Ketika ditanya strategi syarikat untuk menarik pelabur membeli emas melalui akaun tersebut, Attar berkata, pihaknya mempunyai kelebihan kerana menawarkan produk berasaskan pematuhan syariah berbanding bank-bank lain. (Utusan Malaysia : 1 Mei 2010)
-
Mensasarkan penjualan 50kg emas sepanjang 2010
-
Diperkenalkan pada 9 Februari 2010 dengan harga permulaan RM125/g
-
Produk yang mematuhi syariah
-
Minimum emas untuk buka akaun = 10gram
-
Minimum emas yang tidak boleh dikeluarkan dari akaun = 2 gram
Produk-produk yang ditawarkan
Emas 1/5/10/50gram
Cawangan Kuwait Finance House di Malaysia
Berikut adalah cawangan Kuwait Finance House di Malaysia. Klik Gambar.
Rujukan mengenai harga semasa belian/jualan dari Kuwait Finance House boleh didapati melalui link berikut :





ChatBox RSS Feed









