- Fungsi wang adalah untuk memisahkan antara membeli dan menjual dan membolehkan manusia berdagang dan bertukar sesuatu tanpa perlu melakukan pertukaran langsung barangan seperti kambing dengan gandum, gula dengan minyak dan sebagainya.
- Oleh itu wang berfungsi sebagai media pertukaran yang diterima secara umum untuk pembayaran barang, perkhidmatan dan juga hutang. Wang juga digunakan sebagai unit piawaian yang mengukur nilai ekonomi barang dan perkhidmatan yang berbeza.
- Jadi kita boleh mengukur apa yang kita ada dengan mudahnya. Mengikut sejarah, banyak benda pernah digunakan sebagai wang – garam, tembakau, lada hitam, kulit lembu dan kerang.
- Tetapi emas dan perak telah diterima sebagai matawang sejak lebih 2500 tahun yang lalu.
- Emas dan perak mempunyai nilai intrinsik, mempunyai nilai tersendiri yang diinginkan serta mempunyai sifat yang sesuai sebagai matawang.
- Wang emas dan perak telah digunakan sebelum kedatangan Islam dan semasa kegemilangan pemerintahan Islam, kejatuhan pemerintahan kerajaan Uthmaniah dalam tahun 1924 menyaksikan penggunaan wang kertas secara meluas di seluruh dunia.

- Wang kertas tidak mempunyai nilai instrinsik.
- Ianya boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu apa yang diistilahkan sebagai “fiduciary money” iaitu wang helah atau “wang janji” yang membawa janji membolehkan pembawa resit menuntut kembali emas atau perak.
- Wang janji ini hanyalah sekeping kertas yang mewakili sesuatu yang bernilai.
- Jenis kedua dikenali sebagai “fiat money”, iaitu wang hampa yang dikeluarkan oleh kerajaan atau bank, sesuatu yang tidak mempunyai nilai intrinsik atau tidak bernilai – iaitu kepingan kertas berbagai-bagai warna, kertas itu sendiri tidak mempunyai nilai selain nilai illusi yang tercetak padanya. Wang inilah yang digunakan di seluruh dunia sekarang ini.

- Di dunia barat, wang kertas mula diperkenalkan di awal kurun ke 12 oleh pedagangan dan penyimpan wang emas. Tukang emas akan menyimpan emas dan wang emas dengan mengeluarkan resit simpanan.
- Resit ini kemudiannya boleh digunakan untuk menuntut kembali emas yang disimpan. Resit ini boleh ditukar milik dan digunakan untuk pertukaran barangan.
- Tukang emas yang tamak mendapati ada sejumlah wang yang tidak dituntut setiap bulan dan mereka mengeluarkan resit lebihan kepada sesiapa yang ingin meminjam dengan dikenakan faedah untuk menampung wang yang tidak ada yang telah dipinjamkan oleh tukang emas.
- Maka lahirlah apa yang dikatakan bank dan wang kertas.
- Bank adalah tukang emas yang membuat duit dengan duit orang lain melalui faedah manakala wang kertas adalah nota dan resit edaran beserta faedah yang dikenakan.
- Tradisi ini diteruskan sehingga sekarang ini. Memberi pinjaman dengan faedah membolehkan sesiapa yang mempunyai wang membuat lebih banyak wang.
- Tetapi yang boleh menjalankan aktiviti ini hanyalah institusi kewangan sahaja dan individu yang melakukannya akan di tangkap dan didenda.
- Sistem perbankan moden kini menguasi segala aspek penghidupan manusia di seluruh dunia dan sistem riba telah mencengkam sehinggakan kita dapati masyarakat sekarang ini amat sukar menerima penghidupan tanpa wang kertas, tanpa kad kredit, tanpa riba, tanpa dividen dan faedah.

- Penguasaan ini menyeluruh sedangkan semua agama mengharamkan riba, kecuali Yahudi yang melarang riba dikenakan di kalangan bangsanya tetapi boleh dikenakan kepada bangsa lain.
- Masyarakat dunia kini telah ditukar pemikiran untuk menerima sistem moden berteraskan riba untuk menguasai penghidupan mereka atau tidak dapat memikirkan jalan lain bagi melepasi diri daripada cengkaman sistem riba yang menguasi semua aspek penghidupan tidak kira dia seorang ulama atau buruh kasar. Inilah realiti sekarang!

- Wang kertas yang tidak mempunyai nilai intrinsik membolehkan ianya dimanipulasi dan dispekulasikan.
- Ini menyebabkan nilai wang kertas sentiasa berubah dan tidak tahan mengikut masa.
- Wang kertas tahun 1957 sudah tidak laku lagi sekarang, sekilo beras tahun 1960 bersamaan 50 sen sekarang ini sekilo beras tidak lagi bersamaan 50 sen.
- Di zaman Rasulullah s.a.w, seekor ayam bersamaan dengan 1 dirham, dan sekarang ini harga seekor ayam pun bersamaan dengan 1 dirham.
- Tidak terdapat sebarang inflasi terhadap matawang emas dan perak sejak lebih 1500 tahun yang lalu.
- Bolehkah kita katakan yang sama terhadap wang kertas? Inilah hakikat wang kertas, wang riba yang dijana oleh bank yang menyusutkan kuasa membelinya oleh faedah yang dikenakan keatasnya.
- Sebungkus nasi lemak dalam tahun 1965 adalah 10 sen, sekarang ini ianya bernilai RM1.50, jadi apakah panduan yang boleh kita pegang terhadap media pertukaran yang ada pada kita?
- Wang kertas sudah tidak mempunyai piawai nilai, wang kertas telah berubah fungsi.
- Fungsi wang sebagai media pertukaran barang, pembayaran upah dan perkhidmatan kini telah berubah menjadi komoditi dan telah diperniagakan.
- Nilai wang kertas sudah tidak lagi disandarkan kepada apa-apa kecuali kepercayaan yang diberikan kepadanya.
- Hampir semua matawang dunia menyandarkan matawang mereka kepada dolar Amerika atau dolar Euro. Tetapi apakah sandaran dolar Amerika dan dolar Euro?
SUMBER : http://www.fs.utm.my/~ddrg/index.php?option=com_content&view=article&id=103:wang-kertas-dolar-amerika-tiada-ikatan-emas-bretton-wood-gagal&catid=36:article&Itemid=41
Share on Facebook