Saya menulis lagi…untuk apa???

Assalamu’alaikum…

 

 

Kali ini saya kembali mencoret sebuah pendapat buat kesekian kalinya…. Untuk apa saya kembali menulis pada posting kali ini? Adakah untuk menambahkan jumlah pelanggan saya ataupun untuk memasarkan produk emas atau perak? Adakah semata-mata untuk memperkatakan tentang kelebihan emas dan perak dalam posting ini?

JAWAPANNYA TIDAK SAMA SEKALI…

Tujuan saya kali ini tidak sama sekali bertujuan untuk melakukan perkara-perkara di atas… Saya menulis kali ini semata-mata atas kata hati saya sendiri….hati saya memberontak untuk memberitahu orang-orang di luar sana tentang sistem yang benar-benar menjajah kekayaan kita….Saya tak sanggup berdiam diri setelah melihat perkara ini menjadi duri dalam daging dalam kehidupan rakan-rakan dan insan-insan terdekat….Fikiran saya banyak terganggu kebelakangan ini… Terganggu melihat sistem kewangan sekarang menekan rakan-rakan dan juga saudara-mara dalam menghadapi kehidupan…

 

Saya tak mampu lagi berdiam diri …

Tidak kiralah samada anda berstatus profesional, samada anda seorang peguam, arkitek, doktor, pensyarah, jurutera hatta anda seorang peniaga nasi lemak di tepi jalan…Dengar dan fahamkanlah apa yang cuba saya sampaikan…Selepas itu, terpulanglah kepada kata hati anda untuk mengiyakan atau menafikan apa yang cuba saya sampaikan ini…

Tuan-tuan & Puan-puan,

Umum bagi kehidupan kita sekarang untuk membuat pinjaman perumahan atau kenderaan bagi memenuhi tuntutan manusia… Perlindungan dengan memiliki rumah dan kenderaan sebagai alat memudahkan pergerakan kita untuk mencari rezeki mahupun untuk lain-lain urusan duniawi adalah satu kemestian pada masa ini… Namun adakah pinjaman perumahan atau pinjaman kenderaan mahupun pinjaman peribadi itu bersesuaian dengan kedudukan kewangan semasa kita ataupun melebihi dari kemampuan kita.. Biarrlah saya sertakan dengan contoh-contoh,supaya jelas bagi insan di luar sana memahami apa sebenarnya yang membelenggu fikiran saya selama ini…

Bayangkanlah, anda seorang jurutera dengan gaji bulanan sebanyak RM5,000…. Anda bekerja di sebuah syarikat swasta terkenal dan anda merasakan bahawa gaji yang anda perolehi itu cukup untuk membiayai kehidupan anda…Lalu pada suatu hari, anda mengambil keputusan untuk membeli sebuah rumah yang berharga RM250,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,688 selama 25 tahun dengan jumlah interest sebanyak 6.5%…

Cuba anda lihat gambar di bawah untuk gambaran lebih jelas..

 

 Lalu, cuba anda darabkan jumlah pinjaman bulanan sebanyak RM1,688 tersebut dengan jumlah bulan dalam 25 tahun tersebut… Berapa jumlah sebenarnya yang anda perlu bayar untuk sebuah rumah yang pada asalnya cuma RM250,000?

 

 

 Setelah dibuat pengiraan semula, anda sebenarnya membayar sebanyak RM506,400, iaitu lebihan sebanyak RM256,400 dari jumlah asal harga rumah anda iaitu sebanyak RM250,000. Untuk apa kita membayar lebih bagi memiliki rumah yang begitu besar dan gah, sedangkan kita mampu mencari rumah yang lebih murah (sekiranya ada)…Kita mampu membuat pilihan sebenarnya, kita boleh memilih untuk memiliki rumah bernilai RM100,000, ataupun yang bernilai RM250,00 ataupun yang bernilai RM 1 juta.. Segalanya terpulang pada keputusan kita sendiri… Namun, setelah membeli, adakah kita memikirkan akan komitmen kewangan yang tinggi yang terpaksa kita keluarkan setiap bulan cuma untuk membayar bayaran ansuran perumahan kita.. bagaimana pula dengan perbelanjaan yang lain? Perbelanjaan isi rumah? pendidikan anak-anak? Perbelanjaan kenderaan? Perubatan? Makanan? Bil-bil? Saman Ekor? Saman parking? Saman membuang sampah? Saman malu? :)

Adakah kita memikirkan akan semua komitmen kewangan seperti yang saya nyatakan di atas sebelum kita membuat keputusan untuk memilih membeli rumah pada harga yang tinggi sedangkan kita mampu untuk memilih membeli rumah yang lebih rendah harganya??? Fikirkan…

Bayangkan pula, setelah 15 tahun anda bekerja, pada tahun ke 11, anda dibuang kerja akibat kegawatan ekonomi global yang berlaku.. Situasi inilah yang terjadi di Amerika Syarikat, Greece dan negara-negara Eropah di mana kadar pengangguran meningkat disebabkan krisis hutang melampau Eropah dan Amerika Syarikat..

Bagi kes perumahan seperti yang saya nukilkan di atas, katakan anda telah membayar, sebanyak lebihkurang 50% (RM250,000) dari jumlah keseluruhan iaitu RM506,400…Tiba-tiba, anda diberi notis untuk diberhentikan kerja.. Anda runsing.. Bagaimana anda akan membayar semua komitmen kewangan bulanan anda termasuklah komitmen pinjaman perumahan anda???

 

 

Akhirnya apabila anda dibuang kerja, anda tidak mampu lagi untuk membiayai pinjaman perumahan anda.. Wang yang sudah anda bayar sebanyak RM250,000 akan hangus bersama-sama dengan rumah anda…Rumah anda akan dirampas semula dan dilelong…Anda pula akan diletakkan dalam kategori individu muflis atau bankrap..Maka dengan status itu, anda tidak mampu lagi untuk membuat pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, membuka akaun bank dan sebagainya..Siapa yang untung dan siapa yang rugi dalam hal ini?? Adakah anda untung?? ataukah pihak yang memberi pinjaman kepada anda itu yang memperolehi keuntungan??? Cuba fikirkan kembali….

 Anda mengabdikan diri selama 15 tahun untuk membayar komitmen pinjaman perumahan anda, tapi nasib anda tidak sebaik mana.. Tahun ke 16, rumah anda dirampas, kekayaan dan aset anda hilang, anak-anak dan keluarga anda hilang tempat berteduh, anak-anak anda tidak punya wang untuk teruskan pendidikan, anda tersepit… Siapa yang  harus dipersalahkan??? Adakah ia berpunca dari diri sendiri ataupun  institusi peminjam wang tersebut??? Di antara kedua-duanya, siapa yang perlu dipersalahkan???

Pandanglah jauh ke hadapan, wahai rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan terhadap blog saya yang serba kekurangan ni… Pandanglah 10 tahun, 15 tahun, 30 tahun ke hadapan walaupun belum tentu kita dapat hidup lagi pada masa tersebut.. Sekurang-kurangnya kita sudah membuat persediaan ke hadapan…Persediaan untuk diri kita dan juga keluarga kita….

 

 

 Cuba pulang ke rumah, dan lihat wajah-wajah anak anda…isteri ataupun suami anda…ayah dan ibu anda….adakah anda sanggup perjudikan masa depan anak-anak anda, pelajaran anak-anak anda, kehidupan anak-anak anda, semata-mata untuk ditukarganti dengan pinjaman-pinjaman yang terlalu tinggi semata-mata anda ingin bersaing dengan rakan-rakan sepejabat anda..

Adakah anda mahu suatu hari nanti, andai anda ditakdirkan pergi, anak-anak anda merempat meminta sedekah, atau dieksploitasi pihak-pihak tak bertanggungjawab untuk mencari keuntungan?? Adakah anda mahu melihat anak-anak anda susah hidupnya bila dewasa nanti, dan menyalahkan anda di atas sedikit kesilapan yang telah anda buat suatu masa dulu???  Anda jangan fikir bahawa ia mustahil untuk berlaku dalam kehidupan anda?? Anda tahu apa yang akan terjadi kepada keluarga anda andai suatu hari nanti ditakdirkan anda pergi bertemuNya?

Cuba anda bayangkan ini anak anda…

Segala apa yang saya post di blog saya, kebanyakannya bukan ke arah menjana keuntungan sangat, tapi lebih ke arah kesedaran.. Bagaimana sistem kewangan sekarang merosakkan kehidupan seharian kita….. Saya tidak menafikan ada kebaikannya kewujudan institusi kewangan sekarang, tetapi yang lain itu adalah hak kita samada untuk menjerumuskan seluruh risiko kehidupan kita semata-mata lali dan asyik nak buat pinjaman…..

Sudah2 lah dengan pemikiran pinjaman yang tak berkesudahan…pinjam itu boleh, tapi jangan sampai membebankan….nak pinjam memang seronok, tapi lepas tu merana tak berkesudahan…InshaAllah, banyak lagi yang akan saya kongsikan dengan pembaca sekalian.. Hidup saya memang suka mengkaji dan berfikir, dan saya suka berkongsi dengan rakan-rakan… 

Tetapi baru-baru ini, keadaan kesihatan saya kurang menggalakkan..Bagi yang rapat dengan saya, mereka tahu bagaimana keadaan saya…dah berkali-kali doktor menasihatkan saya supaya lebih banyak berehat, kurangkan kegiatan-kegiatan yang boleh menekan pemikiran dan keseluruhan sistem badan saya..

Tapi apa boleh buat, saya mungkin dilahirkan untuk berfikir…dan saya akan terus berfikir……

Yang benar 

G.E

5 Februari, 2012

This entry was posted in Tips/Pendapat. Bookmark the permalink.

9 Responses to Saya menulis lagi…untuk apa???

  1. Ciktunteja says:

    Thanks for sharing kesedaran ni with us dear frenz..mmg anda benar2 seorang pemikir..dulu, kini dan selamanya :)

  2. Abuya says:

    Teruskan usaha anda.
    Berehat seketika bila memerlukan,
    badan perlu berehat untuk mendapatkan tenaga baru.

    Perjuangan menentang sistem yang bukan kehendak yahudi ini memang memcabar. Kita semua sudah terperangkap dalam sistem ciptaan yahudi-riba!.

    Perjuangan ini adalah sunnah SAW ,kerana mengembalikan sistem yg telah jauh ditinggalkan – sistem kewangan Islam – matawang dinar.

    Berehat seketika perlu untuk kekuatan badan, agar kekuatan menulis kembali dgn segar.

  3. goldhall says:

    Kerja pinjaman perumahan ini siapa pemain utamanya??? adakah pemberi pinjaman ini individu ataupun institusi tertentu?? Saya menggelarkan pihak yang merompak kekayaan kita ini sebagai “penyamun nilai” wang kita…..

    Jadi, adakah selayaknya dan sepatutnya, jika kita ingin gunakan wang kita untuk dapatkan lebih banyak wang demi untuk keselesaan hidup melalui cara2 di luar pengetahuan dan kawalan “penyamun nilai” tersebut, kita ajukan soalan tersebut kepada “penyamun nilai” tersebut iaitu institusi di atas yang terang-terangan merompak nilai wang kita dari semasa ke semasa???

    Jika kita bertanya pada yang merompak nilai wang kita untuk kita letakkan wang kita pada pihak selain dia, sudah tentu dia akan katakan “TIDAK!!”.. sebab wang itu tak masuk ke poketnya…

    Di mana kita letakkan kebijaksanaan kita dalam hal ini??

    “To hell with them…”

  4. Jijah says:

    Terima kasih kerana merungkaikan prsoalan2 yg selalu bermain difikiran saya..bukan setakat pinjaman rumah, malah kereta, mahupun peribadi turut berlaku seperti tuan admin ceritakan sebentar tadi. Dalam negara kita lebih 50% di iktiraf muflis atau bankrup.  24.12% kes bankrap adalah disebabkan pinjaman kenderaan
    11.78% disebabkan pinjaman perumahan
    10.93% disebakan pinjaman perniagaan
    5.5% disebabkan kad kredit…….dan baru2 ini berita ada mengatakan hampir 90% kakitangan kerajaan telah diiktiraf muflis Kerana golongan ini lebih sng mbdapat pinjaman berbanding golongn2 yg berkerja sendiri ataupun swasta.

  5. Jijah says:

    Terima kasih kerana merungkaikan prsoalan2 yg selalu bermain difikiran saya..bukan setakat pinjaman rumah, malah kereta, mahupun peribadi turut berlaku seperti tuan admin ceritakan sebentar tadi. Dalam negara kita lebih 50% di iktiraf muflis atau bankrup.  24.12% kes bankrap adalah disebabkan pinjaman kenderaan
    11.78% di 24.12% kes bankrap adalah disebabkan pinjaman kenderaan
    11.78% disebabkan pinjaman perumahan
    10.93% disebakan pinjaman perniagaan
    5.5% disebabkan kad kreditsebabkan pinjaman perumahan
    10.93% disebakan pinjaman perniagaan
    5.5% disebabkan kad kredit…….dan baru2 ini berita ada mengatakan hampir 90% kakitangan kerajaan telah diiktiraf muflis Kerana golongan ini lebih sng mbdapat pinjaman berbanding golongn2 yg berkerja sendiri ataupun swasta.

  6. Jijah says:

    Terima kasih kerana merungkaikan prsoalan2 yg selalu bermain difikiran saya..bukan setakat pinjaman rumah, malah kereta, mahupun peribadi turut berlaku seperti tuan admin ceritakan sebentar tadi. Dalam negara kita lebih 50% di iktiraf muflis atau bankrup.  24.12% kes bankrap adalah disebabkan pinjaman kenderaan
    11.78% disebabkan pinjaman perumahan
    10.93% disebakan pinjaman perniagaan
    5.5% disebabkan kad kredit….dan baru2 ini berita ada mengatakan hampir 90% kakitangan kerajaan telah diiktiraf muflis Kerana golongan ini lebih sng mbdapat pinjaman berbanding golongn2 yg berkerja sendiri ataupun swasta.

  7. Ali KB says:

    salam tuan GE,

    benar sekali apa yg dicoretkan…sistem yg kita sokong ini merupakan sistem ekonomi kuffar..yahudi laknatullah..

    99% manusia hari ini menerima cara hidup berhutang..kita menjadi manusia pelik sekiranya kita tidak suka berhutang…orang lain melihat kita seolah -olah kita hidup dizaman tikar mengkuang..tiada kredit kad, tiada pinjaman dan membeli kereta kecil dengan tunai..ini adalah realiti.. hutang ini telah menjahanamkan kehidupan sosial seorang insan am..dan muslim secara khusus..kita menjadi penting diri sendiri..siang malam bergelut dengan kerja untuk melangsaikan hutang..hutang tidak haram dalam Al-Quran tetapi tiada suatu ayat dalam Al-Quran yang menggalakkan kita berhutang..sekian

  8. ANNU'MAN says:

    Assalamualaikum !

    Apa yang saudara fikirkan sama dengan saya . Sistem kewangan yang kita warisi dari penjajah kafir British inilah menjadi amalan kerajaan dan sistem perbankan dalam negara . Sistem hidup berteraskan riba yang diperkuatkan lagi oleh ekonomi wang kertas . Sistem haram wang kertas ini dipaksa terima oleh penjajah , kemudian disambung oleh pewarisnya ( parti perikatan )dari awal merdeka sehingga hari ini . Bank telah menjadi maharaja tanpa rakyat sedari . mereka bermaharajalela memperkenal bermacam macam produk untuk kepentingan nafsu duniawi mereka atas nama SYARIAH COMPLIANT . amat menyedihkan .

  9. anonymous says:

    Memang benarlah semua fakta seperti yg dikata. Saya setuju, semua orang setuju. Tapi ingat, apalah ertinya harta dan kekayaan jika dibandingkan dengan kesihatan. Segala harta kekayaan akan habis jua untuk perubatan. Andai diabai, penyakit datang bertandang, rakan taulan hanya bersimpati, ahli keluarga akan berusaha dan berdoa tapi at the end of the day, diri sendiri yang akan suffer. Janganlah kata `ha itulah minda orang kita, malas nak berusaha dan berfikir untuk mendapat ilmu’. Nak melemahkan semangat ada la. Bukan begitu niat dihati, sekadar menasihati, berehat dan berhentilah bila perlu. Usahlah terlalu memberatkan diri. Sihat dan sakit anda yang memilih. Take a break when u most need it be4 it’s too late. Moral of the story, kesihatan wajib diutamakan, kerana itu adalah salah satu amanah Allah kepada diri kita. Jangan lupa. Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>